Nubhan timang anak kedua

Nubhan bersama isterinya. - Foto: INSTAGRAM
Nubhan bersama isterinya. - Foto: INSTAGRAM
A
A
A

PENYANYI yang baharu sahaja muncul dengan single baharu, Selamat Jalan Cinta iaitu Nubhan Ahmad mendapat orang baharu dalam keluarga mereka awal pagi tadi.

Menurut pengurusnya, Becky Zulkepli, isteri Nubhan, Dr Afifah Hidayah Tawfek telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.40kg secara normal tepat jam 2.05 pagi tadi.

"Buat masa ini Nubhan dan isteri masih belum memberikan nama dan baby ini hanya di panggil dengan panggilan 'cikmad' . Terima kasih atas doa semua. Bayi dan ibu sihat. Terima kasih," ujarnya menerusi applikasi WhatsApp.

Nubhan dan Afifah mendirikan rumah tangga 29 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aafiya Kamilia yang kini berusia setahun.

No Image Caption

Artikel Berkaitan: