Dua pemimpin Bersatu buat sidang akhbar cetus kontroversi

Mohd Redzuan dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh
Mohd Redzuan dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Satu sidang akhbar khas dijangka dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Turut sama dalam sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading daripada Bersatu.

Menurut jemputan yang diterima oleh pihak media, ia akan diadakan di Aras 8, Bilik Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Ibu Pejabat Bersatu yang terletak di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar sidang akhbar tersebut namun ada khabar angin yang mendakwa mereka mahu meletakkan jawatan.

Artikel Berkaitan: