Kata nak pecat, saya tunggu di pejabat - Tun M

Rakaman yang disiarkan dalam Facebook Rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad
Rakaman yang disiarkan dalam Facebook Rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada di Ibu Pejabat Bersatu bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemecatan beliau.

"Saya sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat," katanya menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya di sini hari ini.

Pihak media difahamkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengadakan sidang akhbar khas berhubung isu tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti

Semalam, Dr Mahathir digugurkan keahlian dari Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Tiga lagi ahli yang digugurkan ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya menerusi surat kepada kelima-lima ahli Parlimen itu pada Rabu lalu.

Muhammad Suhaimi berkata, keputusan itu dibuat kerana lima ahli Parlimen itu enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

"Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020, YB telah duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu. Sebaliknya, YB duduk di blok pembangkang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keahlian Dr Mahathir bersama empat ahli Parlimen itu terhenti serta-merta menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.