Frontliners Malaysia beri semangat kepada Indonesia

Petugas barisan hadapan memberi kata-kata seperti jangan putus asa, kita pasti menang dan tanda pagar #IndonesiaBisa kepada frontlines Indonesia.
Petugas barisan hadapan memberi kata-kata seperti jangan putus asa, kita pasti menang dan tanda pagar #IndonesiaBisa kepada frontlines Indonesia.
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan petugas hadapan Malaysia terus memberi kata-kata semangat kepada rakan mereka (frontliners) di Indonesia apabila ada yang sudah berputus asa dalam usaha membendung wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi kata-kata seperti 'Jangan putus asa', 'Kita pasti menang' dan tanda pagar '#IndonesiaBisa' tular di laman sosial.

Tanda pagar dan kata-kata itu turut disokong oleh pengguna laman sosial dari Malaysia dan Indonesia dengan harapan petugas barisan hadapan kedua-dua negara tidak mudah menyerah kalah.

"Jangan menyerah! bekerja dalam pasukan bagi melawan Covid-19. Kekal di rumah ya. #kitamestimenang," kata @blvbln.

Kata @arieparikesit, "Saling sokong kepada jiran Indonesia," manakala @auliarhma mengucapkan terima kasih buat rakyat dan doktor dari Malaysia.

"Saya berharap negara kami juga akan cepat pulih dan terkawal wabak Covid-19 seperti mana Malaysia. Salam dari Indonesia," tulisnya.

@emirkamura pula menulis, "Malaysia Indonesia kita pasti bisa! Ingat bahawa dulu kemerdekaan itu juga mustahil tapi kita bisa dapatkannya. Sekarang tiada yang mustahil untuk kita lawannya. Malaysia dan Indonesia kita saudara dan sentiasa mendukung satu sama lain."

Ujar @masitah, "Terima kasih banyak atas sokongannya, semoga Allah senantiasa selalu melindungi kalian di sana dan juga kita semua yaah. Amin."

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, tular di laman sosial, tanda pagar #IndonesiaTerserah dipercayai dimulakan oleh seorang petugas barisan hadapan di Indonesia pada 15 Mei bagi meluahkan kekecewaan terhadap masyarakatnya yang gagal mematuhi penjarakan sosial dan membuat protes kepada polis, melarang mereka pulang ke kampung semasa perayaan Aidilfitri.

Bukan itu sahaja, kata kunci "Indonesia? Terserah!!!" juga trending di Twitter sebagai sindiran digunakan netizen.