Padah naikkan harga barang lebih 50 sen, 80 sen

Pegawai KPDNHEP sedang memeriksa harga barang kawalan di sebuah pasaraya di sekitar daerah Kubang Pasu,semalam.
Pegawai KPDNHEP sedang memeriksa harga barang kawalan di sebuah pasaraya di sekitar daerah Kubang Pasu,semalam.
A
A
A

JITRA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kubang Pasu mengenakan kompaun RM 5,000 kepada dua peniaga di daerah ini kerana meletakkan harga melebihi harga kawalan,semalam.

Ketua Pegawainya, K Muniandy berkata, tindakan kedua-dua peniaga itu dikesan ketika pihaknya menjalankan pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa di kedua-dua premis berkenaan.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan di kawasan Jitra, seorang peniaga dikesan menjual cili kering dengan harga RM16.50 sekilogram berbanding harga kawalan iaitu RM16.00.

"Di Ayer Itam pula sebuah pasar raya didapati menjual kacang tanah dengan harga RM 9.80 sekilogram iaitu lebih 80 sen dari harga kawalan.

"Susulan itu, kedua-dua peniaga tersebut ditawarkan kompaun sebanyak RM 5,000 yang mana mereka berjanji menjelaskannya pada Isnin ini," katanya menerusi suatu kenyataan, hari ini.

Muniandy (kanan) memeriksa harga cili kering yang diletakkan melebihi harga kawalan di Jitra,semalam.
Muniandy (kanan) memeriksa harga cili kering yang diletakkan melebihi harga kawalan di Jitra,semalam.

Menurutnya, dalam kes berasingan pada Rabu lalu, KPDNHEP Kubang Pasu juga mengenakan kompaun RM1,000 kepada seorang peniaga kedai runcit yang gagal meletakkan tanda harga pada sayur sawi dan kacang panjang.

"Kita di KPDNHEP sentiasa cakna dengan peniaga yang cuba mengambil kesempatan terutama dalam keadaan negara sedang memerangi koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan:

"Kami juga sentiasa mengadakan pemeriksaan dan sejak Januari lalu sehingga sekarang kita telah menjalankan pemeriksaan terhadap 2,700 premis di kawasan bandar dan luar bandar.

"Pengguna juga disaran menyalurkan aduan serta maklumat lengkap kepada KPDNHEP sekiranya ada peniaga yang cuba menaikkan harga yang tidak wajar atau tidak mempamerkan tanda harga.

"Aduan boleh disalurkan melalui portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my. atau di aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088, talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC),"katanya.