TV Alhijrah siar empat filem terbaik bermula malam ini

Filem terbaik dari Indonesia.
Filem terbaik dari Indonesia.
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi menghargai penonton yang sentiasa menyokong usaha dakwah, stesen TV Alhijrah tampil berbeza sempena Syawal apabila menyajikan empat filem baru tempatan dan antarabangsa yang ditayangkan bermula malam ini.

Filem tempatan tayangan perdana berjudul Geran dan tiga filem Indonesia iaitu filem Malaikat Kecil, Iqro My Universe dan Kalam Kalam Langit.

Filem Geran memulakan tayang jam 9 malam ini manakala filem Malaikat Kecil bersiaran pada 30 Mei, Iqro My Universe pula pada 6 Jun dan filem Kalam Kalam Langit bersiaran pada 13 Jun.

Filem Geran bersiaran jam 9 malam ini.
Filem Geran bersiaran jam 9 malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, pada tahun ini stesen televisyen itu meneruskan penyiaran hingga tamat Syawal bagi memastikan penonton meraikan Aidilfitri bersama keluarga di rumah dengan hiburan berfalsafah dan penuh mesej sesuai tema sambutan Syawal Menyatu Hati.

“Sudah hampir lima tahun TV Alhijrah tidak menyajikan filem baharu. Jadi kami bawakan kelainan sempena Syawal tahun ini dengan menyiarkan empat filem terbaru sebagai hadiah dan tanda terima kasih kepada penonton yang sentiasa menyokong usaha dakwah kami," katanya.

Menurut Namanzee, jalan cerita dan falsafah di sebalik kesemua filem itu bertujuan mendidik, menghibur, menyatupadukan ummah dan mempunyai nilai murni universal sebagai tauladan.

"Antara program istimewa lain yang wajib ditonton ialah rancangan Assalamualaikum, Malaysia QuranTime Istimewa Aidilfitri, berita Alhijrah Istimewa Aidilfitri dan E-Kaunter Netizen Syamsul Debat.

Artikel Berkaitan:

"TV Alhijrah juga menggunakan pelbagai strategi bagi memastikan semua penonton mendapat ilmu bermanfaat menerusi sajian rancangan-rancangan terbaiknya," katanya.