Pencuri sarang burung walit diberkas

Sarang burung walit yang dirampas.
Sarang burung walit yang dirampas.
A
A
A

HULU SELANGOR - Lima lelaki ditahan ketika mencuri sarang burung walit di Jalan Stesen, Rasa, di sini, semalam.

Ketua Polis Derah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi, kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun itu berada di siling tingkat tiga rumah sarang burung walit berkenaan.

“Penjenayah itu cuba melarikan diri dan bersembunyi setelah menyedari kehadiran polis, namun kita berjaya menangkap mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pelbagai peralatan yang digunakan suspek untuk memecah masuk premis.
Pelbagai peralatan yang digunakan suspek untuk memecah masuk premis.

Arsad berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek memotong mangga pintu mengunakan cutter hydraulic.

“Kita menjumpai pelbagai peralatan pecah rumah dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry milik salah seorang suspek. Kesemua mereka mengaku terlibat dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Hulu Selangor dan rumah sarang burung walit,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau berhubung kes jenayah dan dadah dan salah seorang daripada mereka mempunyai satu rekod dikehendaki dalam kes dadah bersabit laporan polis di Rawang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 kanun keseksaan,” katanya

Artikel Berkaitan: