X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan nafi lantik penasihat ekonomi dari China

Tular yang tersebar di media sosial yang disifatkan sebagai mahu mencemarkan imej Kerajaan Kelantan.
A
A

KOTA BHARU - Kelantan menafikan melantik seorang wakil dari negara China sebagai Penasihat Ekonomi kepada kerajaan negeri seperti gambar yang ditularkan hari ini.

Pejabat Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan penyebaran berita dan gambar itu berunsur fitnah dengan niat jahat mencemarkan imej kerajaan negeri.

Kenyataan yang dikongsi menerusi Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan gambar yang tersebar ialah peristiwa pada tahun 2015 ketika kunjungan hormat delegasi China yang mahu meneroka industri halal hub antara China dan Kelantan.

Paparan di Facebook Ahmad menunjukkan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kelantan yang berlaku pada 2015 di Kompleks Kota Darul Naim.
Paparan di Facebook Ahmad menunjukkan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kelantan yang berlaku pada 2015 di Kompleks Kota Darul Naim.

“Menteri Besar ketika itu berbesar hati menyampai sijil kepada Mr Yusof Chia sebagai penghubung dan pemudah cara khas dalam industri halal hub antara China dan Kelantan di Pejabat Menteri Besar yang turut dihadiri YB Datuk Anuar Tan, Exco Kerajaan Negeri ketika itu,” menurut kenyataan itu.

Gambar yang ditulis ‘kutuk-kutuk DAP Komunis, last sekali ambil Cina Komunis jadi Penasihat Ekonomi Negeri Kelantan’ itu tular di media sosial hari ini.

Untuk rekod kerajaan negeri telah melantik Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Kelantan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tan Sri Hamad Kama Piah manakala individu di dalam gambar iaitu Xia Baowen dan Bong Hon Liong bukan anggota majlis tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan tidak keliru dan terpengaruh dengan berita yang berniat mencemarkan imej kerajaan negeri dengan fitnah tersebut,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus