Pusat hiburan, disko, karaoke dilarang beroperasi

Mazlan (tengah) menunjukkan jumlah kenderaan yang memasuki ibu kota ketika membuat lawatan di sekatan jalan raya di Plaza Tol Duta menghala Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Mazlan (tengah) menunjukkan jumlah kenderaan yang memasuki ibu kota ketika membuat lawatan di sekatan jalan raya di Plaza Tol Duta menghala Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur masih tidak membenarkan pemilik pusat hiburan seperti karaoke, disko dan pub membuka premis mereka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, masalah yang mungkin timbul apabila premis hiburan kembali beroperasi orang ramai akan berpusu-pusu untuk berhibur dan Covid-19 akan mudah tersebar dan usaha kerajaan akan sia-sia.

"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik pusat hiburan yang masih berdegil menjalankan aktiviti mereka semasa PKPB ini.

"Sebarang aktiviti yang mempunyai kaitan dengan pusat hiburan masih tidak dibenarkan oleh kerajaan termasuk disko, karaoke dan pub," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau penugasan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, di Plaza Tol Jalan Duta, di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mengesan pusat hiburan menjalankan operasi boleh memaklumkan kepada polis r menerusi talian 03-21159999.

Beliau berkata, pihaknya menahan 10 individu termasuk empat wanita warga Thailand dan seorang lelaki warga India dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Hartamas kelmarin.

"Hasil saringan air kencing mendapati empat lelaki tempatan dan tiga wanita Thailand positif dadah jenis syabu dan dikenakan kompaun kerana melanggar PKPB," katanya.

Artikel Berkaitan: