X

Kindly register in order to view this article
!

Idris nafi dipecat Exco

Idris ketika ditemui di kediamannya di Klebang, di sini, petang tadi.
A
A

MELAKA TENGAH - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Idris Haron menafikan beliau akan dipecat daripada jawatan itu dan mendakwa berita yang tular berkenaan sebagai provokasi pembangkang.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri berkata, sekiranya berlaku pemecatan sudah pasti beliau dimaklumkan terlebih dahulu.

Bagaimanapun menurutnya, provokasi berniat jahat itu tidak boleh dipandang rendah dan satu unsur yang mahu memecah-belahkan hubungan dalam parti dan kerajaan kerana di peringkat pusat terdapat 114 kerusi Perikatan Nasional (PN) yang menjadi impian Pakatan Harapan (PH) untuk merampas semula kerajaan.

Katanya, jika itu berlaku beliau yakin Melaka akan menjadi sasaran utama mereka untuk membina kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk mahu menarik beberapa wakil rakyat PN negeri ini untuk menyertai parti PH.

"Dalam keadaan politik tidak sekukuh seperti yang kita sangkakan apabila ada yang mengatakan kerajaan tidak lama, kerajaan rapuh jadi ini mungkin kesempatan yang ada untuk mereka menambah retak," katanya ketika ditemui di kediamannya di Klebang, di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengenai Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Seri Idris Haron akan dipecat daripada jawatannya itu.

Mengulas lanjut, beliau menyokong pelantikan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak timbul istilah lompat parti.

"Apa yang saya lakukan dalam Sidang DUN yang lalu bukan satu pemecahan tapi memudahkan pelantikan Speaker DUN yang baharu iaitu Datuk Seri Ab Rauf apabila sidang DUN ditangguhkan.

"Jika saya nak lompat parti dah lama saya lompat dari sejak isu saya menjadi Ketua Pembangkang namun saya tidak melakukannya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus