PM nafi dapatkan rawatan kesihatan di Singapura

Muhyiddin menafikan beliau kini sedang mendapatkan rawatan kesihatan di Singapura sebaliknya beliau sedang menjalani kuarantin di rumahnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Muhyiddin menafikan beliau kini sedang mendapatkan rawatan kesihatan di Singapura sebaliknya beliau sedang menjalani kuarantin di rumahnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau kini sedang mendapatkan rawatan kesihatan di Singapura seperti yang tular di media-media sosial.

"Ada yang mendakwa saya berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan di sana. Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Untuk makluman, saya sedang menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

"Namun dalam keadaan negara masih berperang melawan wabak COVID-19, saya akan pastikan perbincangan merancang strategi melawan COVID-19 mesti diteruskan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin berkata, beliau turut mengambil kesempatan untuk mengadakan sidang Video bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang situasi Covid-19.

"Dalam interaksi saya bersama mereka yang berlangsung selama 40 minit itu, beberapa perkara utama telah dibincangkan.

"Antaranya kempen menggalakkan pemimpin komuniti memperkasa komuniti masing-masing untuk mengambil tanggungjawab melindungi dan memelihara komuniti daripada jangkitan Covid-19.

"Saya percaya kempen ini dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi dan akhirnya akan meringankan beban petugas-petugas barisan hadapan (frontliners).

Artikel Berkaitan:

"Langkah ini juga sangat penting dalam merangka “exit plan” bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang juga merupakan kriteria terakhir yang mesti dipenuhi sebelum PKPB boleh ditamatkan," ujarnya.

Dalam pada itu, mereka turut berbincang mengenai proses penghantaran balik pendatang asing tanpa izin (PATI) yang disahkan negatif Covid-19.

"Saya telah mengarahkan supaya proses tersebut dipercepatkan bagi mengurangkan risiko penularan semula jangkitan Covid-19 dalam kalangan PATI yang berada di depot tahanan imigresen," kata beliau.

Secara keseluruhan, Perdana Menteriamat berpuas hati dengan pencapaian semasa usaha memerangi Covid-19 dan yakin negara akan berjaya mengakhiri penularan wabak Covid-19 jika seluruh masyarakat dapat bekerjasama dan mengambil tanggungjawab menjaga komuniti masing-masing.