Covid-19: 11 lagi kes import di Thailand

Rakyat Thailand menjalani rutin harian dalam situasi normal baharu akibat penularan Covid-19. - Foto: Agensi
Rakyat Thailand menjalani rutin harian dalam situasi normal baharu akibat penularan Covid-19. - Foto: Agensi
A
A
A

BANGKOK - Pihak berkuasa kesihatan Thailand hari ini mengumumkan 11 lagi kes jangkitan baharu koronavirus (Covid-19).

Jurucakap kerajaan berhubung Covid-19, Dr Taweesilp Visanuyothin berkata, kes baharu itu membabitkan pesakit yang menjalani pengasingan di pusat kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Katanya, daripada jumlah itu lima pesakit bekerja sebagai tukang urut di Qatar sekali gus menjadikan kes keseluruhan positif kini 3,065 kes.

"Terdapat satu kes membabitkan seorang wanita yang baru pulang dari India pada Jumaat lalu dan tidak menunjukkan sebarang gejala.

"Tetapi wanita terbabit tetap diarah menjalani kuarantin di wilayah Samut Prakan.

"Pada Isnin lalu, dia diuji positif Covid-19 dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan," katanya.

Tambah Taweesilp, dalam tempoh 24 jam lalu, seramai 14 pesakit pulih dan telah dibenarkan keluar hospital menjadikan angka pulih di negara itu meningkat kepada 2,945 orang.

Sejak Februari lalu, sebanyak 128 kes kebanyakan membabitkan rakyat tempatan dikesan di pusat kuarantin di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, jumlah korban Covid-19 di Thailand kekal 57 kes. - Agensi