Bayi perempuan ditinggalkan di hadapan rumah kosong

Bayi perempuan yang ditemui di hadapan sebuah rumah dekat Kampung Sungai Deraka, Kota Kuala Muda, Kedah pagi tadi.
Bayi perempuan yang ditemui di hadapan sebuah rumah dekat Kampung Sungai Deraka, Kota Kuala Muda, Kedah pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penduduk tidak menyangka menemui bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat di hadapan rumah kosong di Kampung Sungai Derhaka, Kota Kuala Muda di sini pagi tadi.

Md Rashid Bakar, 54, berkata, dia ketika itu baru tiba di hadapan rumah tersebut sebelum ternampak bayi dalam keadaan bersih dan dibalut dengan kain batik berwarna merah kira-kira jam 9.15 pagi.

Dia kemudian terus menghubungi pihak berkuasa memaklumkan mengenai penemuan itu untuk tindakan lanjut.

"Rumah itu milik abang saya, tujuan ke sana sebab nak periksa setelah penyewa keluar rumah kira-kira 5 petang semalam," katanya kepada Sinar Harian.

Bayi perempuan yang ditinggalkan diberikan rawatan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Bayi perempuan yang ditinggalkan diberikan rawatan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan laporan berhubung penemuan seorang bayi perempuan tanpa identiti.

Berdasarkan pengesahan doktor, bayi berkulit cerah terbabit dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam dan dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Sehubungan itu katanya, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk mengesan dan merakam keterangan bekas penyewa.

Artikel Berkaitan:

Bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.