Salah tukar gear, kereta rempuh pejabat

Keadaan pejabat Pergetah yang dilanggar tanpa sengaja
Keadaan pejabat Pergetah yang dilanggar tanpa sengaja
A
A
A

BALING - Gara-gara tersalah menukar gear, kereta dipandu seorang wanita merempuh Pejabat Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah Negeri Kedah (Pergetah), di sini hari ini.

Pengerusi Pergetah, Mohd Taufik berkata, ketika kejadian pada jam 11.30 pagi itu, beliau berada di Langkawi dan dimaklumkan mengenai insiden itu oleh pekerjanya.

Menurutnya, rempuhan itu mengakibatkan cermin depan pejabat pecah selain kerosakan pada pintu jeriji besi dan peralatan pejabat.

"Menurut maklumat saya terima, wanita itu mahu menukar gear mengundur, tetapi dia tersalah masuk gear memandu. Mungkin sebab itu dia terlanggar.

"Kerosakan dianggarkan berjumlah RM7,000, bagaimanapun setakat ini saya juga belum dapat kemaskini kerosakan sebenar," katanya.

Beliau yang juga Penyelaras Parlimen Baling berkata, kejadian itu tidak akan menyebabkan pejabat Pergetah menghentikan operasi sementara, sebaliknya menjalankan perkhidmatan kepada penoreh seperti biasa.

"Dalam masa sama, kita juga akan baiki kerosakan pejabat," katanya.

Artikel Berkaitan: