X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

31 Mei tarikh rayuan akhir BPN

Foto: Bernama
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah pada 31 Mei 2020.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke [email protected]

"Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM dan media sosial LHDN," katanya hari ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!