Covid-19: Tiada laporan rasmi rakyat Malaysia maut di US

Persatuan Malaysia Amerika (MAA) sebelum ini membuat kenyataan berhubung laporan seramai 10 rakyat Malaysia yang tinggal di New York meninggal dunia akibat Covid-19.
Persatuan Malaysia Amerika (MAA) sebelum ini membuat kenyataan berhubung laporan seramai 10 rakyat Malaysia yang tinggal di New York meninggal dunia akibat Covid-19.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) berhubung rakyat Malaysia yang dijangkiti atau meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19) di negara itu, menurut Wisma Putra.

Kementerian Luar atau Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia mengambil maklum laporan agensi berita tempatan berbahasa Inggeris pada hari ini berhubung dakwaan kematian 10 orang rakyat Malaysia di New York kerana Covid-19 serta terdapat 30 rakyat Malaysia yang dijangkiti wabak itu.

Menurutnya, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York sentiasa memantau perkembangan wabak tersebut terutama bagi kes yang melibatkan rakyat Malaysia dan sering berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan Covid-19 bagi memastikan kesahihan dan ketepatan maklumat yang diterima.

"Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di luar negara untuk berhubung dengan pejabat perwakilan Malaysia yang terdekat sekiranya terdapat apa-apa kesangsian mengenai maklumat berhubung situasi rakyat Malaysia di luar negara," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 10 rakyat Malaysia dilaporkan mati di AS akibat Covid-19

Artikel Berkaitan: