Ibu meninggal, dua anak lelaki parah ketika buat pusingan-U

Gambar kemalangan yang mula tular di laman-laman sosial sejak pagi tadi.
Gambar kemalangan yang mula tular di laman-laman sosial sejak pagi tadi.
A
A
A

TANAH MERAH – Seorang wanita warga Thailand maut manakala dua anak lelakinya cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Kilometer 62 Jalan Kota Bharu-Machang, depan Masjid Batang Merbau, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, mangsa Nuru Chedi, 32, menunggang motosikal yang dibonceng anak, Muhammad Muhammad Hassim Othman, 14 tahun dan Muhammad Hasbullah Othman, 5,.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintenden Zainuddin Mat Yusoff ketika dihubungi berkata, kemalangan berlaku ketika wanita itu membuat pusingan-U dalam jarak yang dekat dengan kereta yang dipandu seorang wanita berusia 32 tahun.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak dapat mengelak dan perlanggaran berlaku. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak-anaknya parah dan patah di bahagian kaki. Pemandu Kia Spectra pula tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

Mayat mangsa di bawa ke bahagian forensik Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, suami mangsa, Othman Awang, 41 memberitahu beliau dimaklumkan mengenai kejadian tersebut melalui panggilan telefon daripada rakannya.

Katanya, isterinya tidak menunjukkan tiada sebarang perubahan ditunjukkan isterinya dan kali terakhir mereka bertemu ialah sewaktu Subuh pagi tadi.

"Insya-Allah, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bendang Nyior, di sini selepas selesai bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: