Saluran paip haram meletup, 21 maut

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran akibat letupan saluran paip haram itu.
Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran akibat letupan saluran paip haram itu.
A
A
A

MEXICO CITY - MEXICO. Sekurang-kurangnya 21 terbunuh manakala 71 yang lain cedera dalam letupan saluran paip haram di tengah Mexico, semalam.

Media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku Tlahuelilpan di Hidalgo, utara Mexico ketika puluhan individu cuba mendapatkan petrol 'secara percuma' daripada saluran paip yang bocor.

Sementara itu, Gabenor Hidalgo, Omar Fayad berkata, jumlah mangsa dijangka meningkat kerana terdapat lokasi sukar diakses walaupun kebakaran besar itu berjaya dikawal.

Pasukan bomba dan ambulans juga membantu kebanyakan mangsa yang mengalami kesan lecur dan cedera dalam kejadian tersebut.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador turut melawat ke lokasi kejadian.

"Saya sangat sedih dengan tragedi ini. Saya menggesa seluruh agensi kerajaan untuk membantu mangsa terjejas," kata pemimpin berhaluan kanan itu menerusi Twitter.

Difahamkan, tragedi itu berlaku selepas kerajaan persekutuan meningkatkan usaha untuk memerangi kecurian minyak yang menyebabkan Mexico kerugian AS$3 bilion (RM12.3 bilion) pada 2017. - AFP

Artikel Berkaitan: