Tiga beradik lemas: Operasi SAR diperluas

Anggota penyelamat meneruskan SAR hari ini dengan menumpukan rondaan di tebing sungai di lokasi.
Anggota penyelamat meneruskan SAR hari ini dengan menumpukan rondaan di tebing sungai di lokasi.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga beradik yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di sini petang semalam diperluaskan dalam lingkungan 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pencarian hari ini membabitkan lebih 60 pasukan penyelamat yang turut dibantu penduduk kampung.

"SAR dimulakan jam 7.30 malam dan terpaksa dihentikan sementara kira-kira jam 8 malam kerana keadaan cuaca yang gelap. Pencarian hari ini diteruskan dengan rondaan dan pemantauan menggunakan bot di tebing sungai.

"Sehingga kini kita masih tidak menemui sebarang petanda lagi dan SAR akan diteruskan pagi ini sehinggalah ketiga-tiga mangsa ditemukan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Semalam Sinar Harian melaporkan tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik dikhuatiri lemas di muara sungai Kuala Telemong

Artikel Berkaitan: