Aplikasi sorakan jarak jauh tingkatkan suasana di stadium

Tangkap layar aplikasi Remote Cheerer
Tangkap layar aplikasi Remote Cheerer
A
A
A

TOKYO - Syarikat instrumen Yamaha mencipta sebuah aplikasi telefon pintar baharu yang membolehkan penonton menghantar sorakan secara maya semasa acara sukan yang akan diadakan secara tertutup berikutan wabak koronavirus (Covid-19).

Jurucakap Yahama, Kenji Arakawa, berkata, aplikasi 'Remote Cheerer' memberi pengguna pilihan untuk menekan butang yang akan mendengarkan bunyi sorakan atau ejekan melalui puluhan pembesar suara yang diletakkan di sekeliling stadium.

Penganjur juga boleh menetapkan pelbagai jenis sorakan dan mengubah tahap bunyi bergantung pada jumlah pengguna yang menekan butang di aplikasi tersebut.

"Walaupun penonton secara langsung diizinkan, mereka tetap dapat menggunakan aplikasi itu untuk mencegah titisan yang berpotensi membawa virus terbang di udara ketika bersorak.

"Mereka juga boleh memilih bahagian mana dari stadium untuk membunyikan sorakan pilihan mereka," katanya.

Syarikat itu pada awalnya merancang melancarkan aplikasi tersebut pada akhir tahun ini, tetapi mempercepatkannya berikutan penularan Covid-19 yang memaksa acara sukan dibatalkan atau berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Katanya, ujian sistem di stadium dengan 51,000 tempat duduk itu menghasilkan bunyi yang serupa dengan suara orang ramai.

"Saya merasakan bahawa sistem ini akan mendorong semangat pemain di padang dengan membuat mereka merasa seperti peminat dan penyokong mereka berada di stadium," kata Pegawai Strategi Perniagaan Jubilo, Hiromi Yanagihara dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Yamaha.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe baru-baru ini menarik semula pengisytiharan darurat di seluruh negara, tetapi menegaskan penganjur acara besar untuk berhati-hati bagi mencegah jangkitan baharu. -Agensi