Dortmund harap kecederaan Haaland tak serius

Haaland mengelak terjahan pemain pertahanan Bayern Munich, David Alaba.
Haaland mengelak terjahan pemain pertahanan Bayern Munich, David Alaba.
A
A
A

BORUSSIA Dortmund mengharapkan penyerangnya, Erling Haaland tidak mengalami kecederaan serius ketika Die Borussen tewas 0-1 kepada Bayern Munich di Signal Iduna Park dalam aksi Bundesliga.

Pengendalinya, Lucien Favre berkata, kelibat penyerang muda itu amat diperlukan dalam usaha Dortmund meneruskan cabaran ke atas pendahulu liga.

“Saya rasa dia tidak akan terpinggir lama. Dia mengalami kecederaan lutut, tetapi kami tidak tahu apa situasi sebenarnya,” katanya.

Mengulas mengenai kekalahan tersebut, Favre mengakui ia keputusan mengecewakan selepas merekodkan enam kemenangan berturut-turut sebelum ini.

Beliau mengakui sorakan penyokong amat ditagih tetapi mereka tiada pilihan lain berikutan wabak Covid-19 yang memaksa kesemua perlawanan di Jerman perlu diadakan di gelanggang tertutup.

“Sudah tentu semua orang tahu bahawa kami begitu merindui peminat kami dalam perlawanan ini. Dalam babak kedua misalnya, kami beraksi menghadapi Yellow Wall (bangku penyokong setia) jadi tentu saja kami merindui kelibat mereka,” katanya.

Pengendali kelahiran Switzerland itu, bagaimanapun, menolak bahawa kekalahan tipis itu berpunca ketiadaan penyokong, sebaliknya menegaskan kelab kendaliannya itu kurang berkualiti jika dibandingkan dengan Bayern.

Artikel Berkaitan: