Jimenez fokus pacu Wolves ke tahap tertinggi

Jimenez mahu membawa Wolves ke peringkat lebih tinggi musim ini.
Jimenez mahu membawa Wolves ke peringkat lebih tinggi musim ini.
A
A
A

PENYERANG Wolves, Raul Jimenez memberi jaminan fokus membawa cabaran The Wolves pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di sebalik ketajamannya yang kini menjadi perhatian kelab besar.

Menurut ayahnya, Raul, corak permainan matang dipamerkan pemain skuad kebangsaan Mexico berusia 28 tahun itu mula menjadi perhatian selepas cemerlang bersama kelab kendalian Nuno Espírito Santo.

“Buat masa ini sememangnya Jimenez menjadi tumpuan beberapa kelab besar selepas membuktikan ketajamannya sebagai penyerang utama Wolves.

“Jimenez ada memberitahu bahawa buat masa ini mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada membantu kelab memperoleh pencapaian terbaik pada musim ini.

“Dia akui bahawa terdapat desas-desus terdapat beberapa kelab ingin mendapatkan khidmatnya.

“Cumanya beliau ada memberitahu saya bahawa semua itu khabar angin dan tidak mahu mengulas lanjut sebaliknya fokus kepada komitmen dengan Wolves," katanya.

Gergasi EPL, Manchester United dan jagoan Serie A, Juventus dikhabarkan mengintai khidmat bekas pemain America, Atlético Madrid dan Benfica yang sudah dua musim di Molineux ini.

Jimenez mendahului senarai penyaring terbanyak kelab dengan 13 gol pada musim ini direkrut dari Benfica secara tetap dengan kontrak bernilai RM160.52 juta (£30 juta) pada 2019.

Artikel Berkaitan:

Wolves kini berada pada kedudukan keenam liga dua mata di belakang Manchester United.