Mbappe tak kejar Ballon d'Or

Mbappe fokus raih kejuaraan bersama Les Parisiens dan Les Bleus.
Mbappe fokus raih kejuaraan bersama Les Parisiens dan Les Bleus.
A
A
A

PENYERANG Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe tidak terlalu mengejar anugerah Ballon d'Or walaupun menjadi calon paling layak memenangi anugerah itu pada masa depan.

Menurutnya, pencapaian individu bukan sasaran utama sebaliknya lebih mengutamakan kejuaraan dimenangi bersama PSG dan skuad kebangsaan Perancis.

“Sudah tentu ia akan menggembirakan sekiranya dapat memenangi Ballon d'Or tetapi ia bukanlah sesuatu yang saya kejar dan membuatkan saya tidak boleh tidur.

“Tiada jangka waktu bila saya akan memenangi anugerah tersebut musim depan atau musim berikutnya. Tiada masalah kerana saya selalu meletakkan PSG dan pasukan kebangsaan sebagai keutamaan.

“Selepas itu, jika menang Ballon d'Or atau anugerah lain, saya anggap itu sebagai bonus atas segala kerja keras saya,” katanya.

Mbappe mencuri perhatian kelab besar Eropah sejak tampil cemerlang bersama AS Monaco pada 2016 sebelum disambar PSG dan kemudiannya menjadi antara pemain penting Les Parisiens selain statusnya sebagai pemain muda terbaik dunia pada ketika ini.Kecemerlangan Mbappe itu juga menimbulkan khabar angin beberapa kelab besar seperti Real Madrid dan Liverpool sedia mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Dalam pada itu, Mbappe mengakui kagum dengan prestasi yang ditunjukkan Liverpool selepas kelab England itu mengorak langkah menjadi antara gergasi dunia ketika ini.

“Mereka membuatkan kemenangan seperti perkara mudah tetapi hakikatnya ia tidak pernah semudah yang disangkakan,” katanya.

Artikel Berkaitan: