PKPB: Lima lelaki dikompaun di Baling

Sebuah kedai tomyam diserbu kira-kira jam 1 pagi di Baling semalam.
Sebuah kedai tomyam diserbu kira-kira jam 1 pagi di Baling semalam.
A
A
A

BALING - Lima lelaki ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di dua lokasi berbeza di Baling, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Syed Basri Syed Ali berkata, bagi kes pertama, empat lelaki berusia 21 hingga 45 tahun ditahan kerana melepak di sebuah kedai tomyam dekat Kampung Lalang kira-kira jam 1 pagi.

Menurutnya, hasil temubual seorang daripadanya telah mengaku sebagai pemilik kedai dan membuka kedai atas permintaan rakan-rakannya manakala tiga lagi melepak dan minum kopi atas alasan bosan duduk di rumah.

"Pemilik kedai dikenakan kompaun kerana beroperasi lebih masa melebihi 10 malam manakala tiga lagi turut dikompaun atas kesalahan berhimpun,"katanya.

Sementara itu, seorang lagi turut dikompaun kerana menganjurkan jamuan hari raya dengan kehadiran lima orang tetamu di rumahnya dekat Taman Berlian, pada 6.35 petang semalam.

"Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kerana didapati telah melakukan kesalahan aktiviti terlarang iaitu menganjurkan majlis hari raya bersama tetamu bukan ahli keluarga,"katanya.

Mereka diberikan resit kompaun dan laporan dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Baling untuk pembayaran kompaun.

Artikel Berkaitan: