150,000 dapat pekerjaan tahun lalu

Mahfuz (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap majikan yang menyertai Program Kerjaya Dun Suka Menanti di Dewan Kelab Kilat TNB, Mergong, hari ini. Turut kelihatan Zamri (empat, kanan).
Mahfuz (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap majikan yang menyertai Program Kerjaya Dun Suka Menanti di Dewan Kelab Kilat TNB, Mergong, hari ini. Turut kelihatan Zamri (empat, kanan).
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 150,000 individu di seluruh negara berjaya memperoleh pekerjaan tahun lalu hasil temu duga terbuka digerakkan oleh JobsMalaysia dengan kerjasama semua majikan dan Kementerian Sumber Manusia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya berharap jumlah golongan yang mencari kerja dalam pelbagai sektor dan mendapat pekerjaan akan meningkat pada tahun 2019 berbanding tahun lalu.

“Bagaimanapun, masih ada penganggur gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan faktor sendiri selain kelayakan yang dimiliki tidak memenuhi syarat dikehendaki oleh pasaran.

“Antara masalah mereka yang sukar mendapatkan pekerjaan ini adalah tidak mahu berhijrah ke tempat lain dan cari kerja di kampung dan sekitar tempat tinggal mak ayah mereka sahaja,” katanya selepas Program Kerjaya Dun Suka Menanti di Dewan Kelab Kilat TNB, Mergong, di sini.

Menurutnya, beberapa institusi latihan kemahiran seperti Giat Mara dan Kolej Komuniti menyediakan peluang kemahiran kepada pencari pekerja sebagai persediaan melengkapkan diri bagi memenuhi kehendak pasaran dan majikan.

“Ada pekerjaan pada hari ini jika ada ijazah tinggi tetapi kadang-kadang tidak membantu kerana dalam sektor tertentu kemahiran (yang mempunyai sijil kemahiran) lebih diberikan keutamaan kerana industri hari ini telah memasuki era Perindustrian Keempat (Industri 4.0),” katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, beliau menghargai usaha Adun Suka Menanti, Zamri Yusuf yang juga Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah kerana mengadakan program seumpama itu bagi memudahkan terutamanya golongan belia mendapatkan pekerjaan.

“Sebanyak 12 majikan dari Kedah dan Pulau Pinang yang hadir pada hari ini dengan peluang pekerjaan sebanyak 455 kekosongan. Usaha ini sangat baik dan harap mereka yang hadir ini dapat memenuhi keperluan kerja disediakan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran di negara ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: