X

Kindly register in order to view this article
!

Angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka 5 Jun

Istiadat angkat sumpah akan berlangsung di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh di sini.
A
A

MELAKA - Istiadat angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka akan berlangsung di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh di sini pada 5 Jun.

Jabatan Ketua Menteri Melaka dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan istiadat itu dijadualkan bermula pada 10 pagi dan pengisytiharan jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka akan dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.

Yang Dipertua Negeri Melaka kemudian akan mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Cara Sumpah Jawatan sebelum menyampaikan ucapan.

Istiadat akan diteruskan dengan lafaz taat setia oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali diikuti bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Semua yang hadir diminta mematuhi kod etika pakaian isitiadat yang ditetapkan.

Majlis dijadualkan berakhir pada 11.30 pagi. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus