44 kes Covid-19 libatkan warga asing

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 44 kes koronavirus (Covid-19) melibatkan warga asing termasuk 17 pekerja asing dilaporkan di negeri ini setakat kelmarin.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, daripada angka itu hanya tujuh kes yang masih dirawat di hospital.

Katanya, pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Johor telah diminta untuk menyediakan perkhidmatan penyaringan pekerja melalui Program Saringan Prihatin (PSP).

Sehingga 16 Mei lalu, sebanyak 141,538 permohonan telah diterima oleh pihak Perkeso dan dari jumlah itu seramai 48,769 melibatkan pekerja asing.

Sementara bagi pekerja yang tidak berdaftar di bawah Perkeso pula, menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan pekerja menjalani ujian Covid-19 di klinik-klinik swasta yang telah ditetapkan.

"Semalam kes baharu Covid-19 di negara kita, menunjukkan peningkatan kes positif di kalangan pekerja asing.

"Melalui SOP Pembukaan Semula Ekonomi, majikan dipertanggungjawabkan untuk memastikan pekerja khususnya warga asing menjalani ujian

Covid-19 sebelum dibenarkan bertugas. Majikan yang tidak melakukan ujian Covid-19 ke atas pekerja asing mereka boleh dikenakan tindakan oleh penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: