Perbincangan akhir sambung semula EPL

No Image Caption
A
A
A

TARIKH sebenar saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) disambung semula dijangka diketahui selewat-lewatnya minggu ini.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, semua pasukan akan mengundi untuk menjalani latihan fasa seterusnya selepas pihak Liga Perdana membenarkan latihan diadakan minggu lalu.

"Tarikh akhir mungkin akan diketahui minggu ini dengan aksi antara Manchester United dan Tottenham Hotpsur mungkin menjadi perlawanan pembukaan.

"Semua pemain juga telah memulakan latihan dengan sentuhan dibenarkan dan jurulatih dibenarkan memantau pemain masing-masing Pegawai dan pengurus pasukan akan turut membincangkan kemungkinan risiko dalam fasa kedua Projek Restart ini," kata laporan tersebut.

Dijangkakan semua pasukan EPL bersetuju untuk meneruskan fasa kedua Projek Restart itu dan tarikh memulakan saingan EPL bakal bermula 19 Jun depan.

Kelmarin, kerajaaan United Kingdom mengeluarkan panduan fasa kedua kepada pihak Liga Perdana dengan membenarkan 'kontak rapat' dan 'kompetitif' pada sesi latihan setiap pasukan.

Dengan arahan terbaharu itu, ini bermakna hanya selangkah lagi untuk menyaksikan EPL kembali diadakan, tidak kira sama ada secara tertutup atau tidak selepas ia ditangguhkan sejak Mac lalu akibat Covid-19.

Artikel Berkaitan: