Dua jari hancur tersepit mesin penggelek

Anggota bomba sedang mengeluarkan jari mangsa yang tersepit di sebuah kilang di Pasir Gudang petang tadi.
Anggota bomba sedang mengeluarkan jari mangsa yang tersepit di sebuah kilang di Pasir Gudang petang tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua jari tangan kiri seorang lelaki hancur selepas tersepit pada mesin penggelek dalam satu kejadian di kawasan perindustrian Pasir Gudang di sini petang tadi.

Ketika kejadian, mangsa S Mohan, 48, sedang bekerja di kilang terbabit sebelum secara tiba-tiba mesin tersebut mengalami kerosakan teknikal.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrudin Saari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.36 petang.

Katanya, seramai 10 anggota dua jentera dari BBP Pasir Gudang bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba mengambil masa lebih kurang lima minit bagi mengeluarkan jari mangsa menggunakan peralatan khas.

"Dua jari mangsa iaitu jari hantu dan jari manis tangan kiri hancur. Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Artikel Berkaitan: