'Baba pesan kebumikan jenazahnya berdekatan rumah'

Allahyarham Datuk Ahmad Abdul Talib
Allahyarham Datuk Ahmad Abdul Talib
A
A
A

SHAH ALAM – “Baba pesan supaya kebumikan jenazahnya berdekatan dengan rumah kami di Bandar Tasik Selatan dan jangan bawa jauh-jauh,” kata anak sulung bekas Pengarah Eksekutif Media Prima Berhad, Allahyarham Datuk Ahmad Abdul Talib, Sophia Ahmad.

Beliau berkata, hanya itu pesanan yang ditinggalkan oleh Allahyarham bapanya kepadanya sebelum Allahyarham tidak sedarkan diri.

“Tak sampai dua bulan arwah baba sakit. Kami tahu arwah sakit sebelum puasa dan seminggu sebelum puasa arwah dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur sampailah hari raya pertama dan pada petang hari raya pertama kami pindahkan arwah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

“Arwah meninggal dunia akibat kanser hati tahap empat dan kami empat beradik ada bersama semasa arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Artikel Berkaitan: