Grimes tukar nama anak angka roman

Musk berkongsi kelahiran anak di Instagram pada 9 Mei.
Musk berkongsi kelahiran anak di Instagram pada 9 Mei.
A
A
A

PENYANYI Grimes mendedahkan nama anaknya telah ditukar kepada X Æ A-Xii selepas baru-baru ini mengumumkan menamakan bayi itu dengan nama X-A-12.

Grimes dan bapa bayi itu, jutawan teknologi Elon Musk terpaksa berbuat demikian kerana undang-undang California yang tidak membenarkan angka didaftarkan sebagai nama dalam sijil kelahiran.

Pasangan itu telah menggantikan nombor dengan angka roman.

Grimes atau nama sebenarnya Claire Boucher memberitahu nama baharu anaknya ialah X Æ A-Xii di Instagram.

"Angka roman. Nampak lebih baik. Satu tanda sengkang (dash) dibenarkan (dalam sijil kelahiran)," tulis Grimes.

Beberapa pihak memaklumkan nama itu dibaca sebagai X Ash A Twelve, biarpun terdapat banyak versi tentang sebutan yang betul.

Malah Grimes dan Musk sendiri mempunyai cara berbeza untuk menyebut nama bayi lelaki mereka.

X Æ A-Xii adalah anak pertama pasangan itu.

Artikel Berkaitan:

Musk sudah mempunyai lima anak dari perkahwinan sebelum ini, iaitu kembar bernama Griffin dan Xavier dan triplets bernama Damian, Saxon dan Kai.