Kes positif lebih separuh babitkan PATI

Noor Hisham - Foto Bernama
Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sejumlah 155 daripada 187 kes positif wabak koronavirus (Covid-19) yang direkodkan hari ini adalah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu di Malaysia melonjak kepada 7,604 orang.

"Ingin dimaklumkan daripada 187 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu tujuh tujuh warganegara Malaysia dan tiga pemastautin tetap atau pasangan kepada warganegara Malaysia.

"Bagi 177 kes penularan tempatan pula, 173 kes adalah bukan warga Malaysia di mana 155 kes telah dikesan DTI Bukit Jalil dan 13 kes daripada kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

"Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat kes sahaja," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 62 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,041 kes atau 79.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Angka kematian akibat Covid-19 kekal 115 apabila tiada kematian direkodkan hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan: