X

Kindly register in order to view this article
!

Pejalan kaki maut dilanggar lari

Pejalan kaki maut dipercayai dilanggar lari sebuah kereta di simpang tiga Taman Sepilai, Jalan Kulim, Mahang di sini pagi tadi.
A
A

KULIM - Seorang pejalan kaki maut dipercayai dilanggar lari sebuah kereta di simpang tiga Taman Sepilai, Jalan Kulim, Mahang di sini pagi tadi.

Mangsa, P Muniandy, 64, dari Taman Sepilai ditemui maut dalam keadaan tertiarap di atas jalan kira-kira jam 7.10 pagi.

Menurut sumber, mangsa dikatakan berdiri di simpang tiga taman perumahan itu sebelum dirempuh sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Axia berwarna oren yang datang dari arah Sungai Kob.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Katanya, pemilik kenderaan terlibat diminta datang ke balai polis trafik untuk membuat laporan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Inspektor Rus Nizam Mahaya Din di talian 04-4902192 bagi membantu siasatan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!