Hari raya pun nak gocoh!

Gambar aksi pergaduhan yang tular di Facebook dipercayai berlaku di Tasik Danau Tok Uban.
Gambar aksi pergaduhan yang tular di Facebook dipercayai berlaku di Tasik Danau Tok Uban.
A
A
A

PASIR MAS - Satu video 'gocoh' atau pergaduhan antara beberapa individu dengan sekumpulan lelaki tular di laman sosial Facebook sejak semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Tasik Danau Tok Uban di sini ketika umat Islam masih meraikan Aidilfitri.

Bagaimanapun, punca utama pergaduhan itu tidak dapat disahkan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

"Bagaimanapun, polis akan cuba mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes itu," katanya.

Semalam tular video berdurasi 16 saat yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang memukul tiga individu di kawasan berkenaan.

Menurutnya, polis menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut supaya tampil memberikan kerjasama.

Katanya, hal ini bagi memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Roy berkata, jika ditangkap kesemua suspek itu boleh disabitkan kesalahan bawah peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan kerajaan ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Roy berkata, polis menasihat orang ramai supaya mematuhi PKPB.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar PKPB.