Terlalu awal bandingkan Haaland dengan Lewandowski

Haaland
Haaland
A
A
A

PENGENDALI Bayern Munich, Hansi Flick menegaskan terlalu awal untuk membandingkan kualiti dimiliki bintang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland dengan penyerang Bayern, Robert Lewandowski.

Menurutnya, Lewandowski berada pada tahap berbeza dan telah mencipta nama selaku penyerang terbaik di Liga Jerman.

"Ia musim pertama Haaland, jadi terlalu awal untuk membandingkannya. Lewandowski sentiasa berada di tahap terbaik sejak beberapa tahun lalu tetapi Haaland memiliki bakat yang bagus.

"Dia seorang penyerang muda tetapi memiliki keinginan tinggi mencipta jaringan. Dia hanya mahu menamatkan setiap aksi dengan gol.

"Corak permainannya hebat. Dia sangat memiliki fizikal yang kuat dan tangkas dan sesuai menjadi seorang penyerang hebat dalam beberapa tahun akan datang," katanya.

Haaland mempamerkan aksi memukau sejak tiba di Dortmund pada Januari lalu, meneruskan prestasi hebatnya ketika menyarung jersi Red Bull Salzburg.

Penyerang berusia 19 tahun itu telah meledakkan 10 gol dalam 10 penampilan Bundesliga sehingga membolehkan Dortmund mengejar Bayern yang berada di kemuncak liga.

Dalam pada itu, Flick percaya semua pasukan perlu pantas menyesuaikan diri dengan suasana baharu perlawanan tanpa penonton dalam usaha memastikan saingan bola sepak di negara tersebut boleh terus berlangsung.

Artikel Berkaitan:

"Persekitaran akan menjadi inspirasi buat semua pasukan dan terserah bagaimana anda mahu menyesuaikan diri. Anda perlu menerima situasi ketika ini dan tidak mencari alasan. Kami perlu mengikut perancangan permainan," katanya.