WHO gantung sementara ujian klinikal hydroxychloriquine

Penggunaan hydroxychloriquine itu turut disokong Trump malah beliau turut mengaku mengambil ubat antimalaria tersebut bagi mencegah Covid-19. - Foto Agensi
Penggunaan hydroxychloriquine itu turut disokong Trump malah beliau turut mengaku mengambil ubat antimalaria tersebut bagi mencegah Covid-19. - Foto Agensi
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menggantung sementara ujian klinikal hydroxychloriquine sebagai rawatan berpotensi yang digunakan oleh beberapa negara sebagai usaha untuk merawat koronavirus (Covid-19).

Keputusan tersebut dibuat selepas kajian menerusi jurnal The Lancet yang diterbitkan pada minggu lalu mendapati penggunaan ubat antimalaria itu didakwa boleh membahayakan nyawa.

ARTIKEL BERKAITAN: AS uji ubat anti malaria ke atas 3,000 pesakit Covid-19

Harapan penawar daripada ubat malaria

Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus ketika sidang media menerusi video berkata, ujian disokong badan PBB itu telah digantung sementara kajian semula dibuat ke atas data keselamatannya.

Menurutnya, bukti menunjukkan kesan buruk hydroxychloroquine kepada kesihatan termasuk masalah jantung.

Sebelum ini, penggunaan ubat yang dianggap berkesan untuk merawat malaria dan penyakit autoimun itu sebagai alternatif bagi rawatan Covid-19 turut disokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

WHO bagaimanapun tidak menggalakkan penggunaan hydroxychloroquine untuk merawat Covid-19 kecuali sebagai sebahagian daripada ujian klinikal. - AFP

Artikel Berkaitan: