X

Kindly register in order to view this article
!

Aidilfitri norma baharu seluruh dunia

ARAB SAUDI Para jemaah yang terdiri daripada kakitangan dan pekerja melaksanakan langkah penjarakkan sosial ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri di hadapan Kaabah di Masjidil Haram, Makkah.
A
A

[DIKEMASKINI] UMAT Islam di seluruh dunia meraikan kedatangan 1 Syawal semalam dalam keadaan norma baharu akibat ancaman pandemik koronavirus (Covid-19).

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun juga ini agak berbeza kerana solat Aidilfitri berjemaah dan amalan kunjung-mengunjungi ahli keluarga dan rakan untuk mengeratkan silaturahim masih tidak dibenarkan.

Ia berikutan kebanyakan negara masih menguatkuasakan langkah lockdown bagi membendung penularan virus tersebut yang kini merekodkan 5.4 juta jangkitan global.

Walaupun beberapa negara sudah mula membuka masjid, namun dalam masa yang sama tetap melaksanakan penjarakan sosial sebagai langkah berjaga-jaga. - Agensi/ FOTO: AFP

IRAN
Para jemaah melaksanakan langkah penjarakkan sosial antara satu sama lain ketika menunaikan solat sunat Aidiltfitri di Teheran.
IRAN Para jemaah melaksanakan langkah penjarakkan sosial antara satu sama lain ketika menunaikan solat sunat Aidiltfitri di Teheran.
INDONESIA
Sebuah masjid di Bekasi, Jawa Barat di Indonesia melaksanakan langkah penjarakkan sosial sebagai mematuhi langkah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikuatkuasakan pemerintah Indonesia.
INDONESIA Sebuah masjid di Bekasi, Jawa Barat di Indonesia melaksanakan langkah penjarakkan sosial sebagai mematuhi langkah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikuatkuasakan pemerintah Indonesia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus