Polis nafi tular kanak-kanak hilang

No Image Caption
A
A
A

TANAH MERAH - Polis menafikan berita tular berhubung seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dipercayai hilang ketika makan bersama keluarganya di kawasan Pechong di sini semalam, sebaliknya mengesahkan dia itu melawat rakannya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, kanak-kanak itu sebenarnya tidak hilang, tetapi pergi ke rumah rakannya di Batang Merbau dengan menaiki bas seorang diri.

"Laporan hilang dibuat ibunya selepas menyedari anak lelakinya itu, yang pada mulanya hendak ke tandas ketika makan kemudiannya menghilangkan diri.

"Kanak-kanak itu dipercayai menaiki bas ke Batang Merbau dan bukannya hilang seperti dilaporkan.

"Jadi kes ini sudah selesai dan dia telah pulang ke pangkuan keluarga selepas ditemui di kawasan Batang Merbau kira-kira jam 4.30 petang.

"Kami harap berita ini tidak lagi disebarkan oleh pihak tertentu yang melaporkan kanak-kanak ini hilang," katanya.

Berita kononnya kanak-kanak terbabit hilang dipercayai tersebar selepas keluarganya gagal menemuinya selepas dia pergi ke tandas dan menghilangkan diri.

Ekoran itu keluarganya membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan: