Taska khas anak 'frontliners'

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (tengah) dan Pengarah Hospital Taiping Dr Narimah Yusof (kanan) mengucapkan terima kasih selepas majlis penyampaian 300 pek juadah Aidilfitri di Hospital Taiping di sini hari ini. -FOTO: BERNAMA
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (tengah) dan Pengarah Hospital Taiping Dr Narimah Yusof (kanan) mengucapkan terima kasih selepas majlis penyampaian 300 pek juadah Aidilfitri di Hospital Taiping di sini hari ini. -FOTO: BERNAMA
A
A
A

TAIPING - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan perbincangan untuk mewujudkan pusat penjagaan khas untuk anak-anak petugas barisan hadapan yang terlibat dalam menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, beliau mengambil maklum dengan keluhan para petugas barisan hadapan yang tidak dapat menghantar anak ke taman asuhan kanak-kanak (Taska) berikutan ada segelintir ibu bapa lain bimbang anak-anak mereka akan terdedah dengan jangkitan Covid-19.

“Anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan lain-lain juga berhadapan risiko tinggi sebab itu kerajaan menyarankan anak-anak mereka dijaga di rumah.

"Tetapi jika ada pusat penjagaan khas dibuka untuk anak-anak petugas barisan hadapan, cadangan saya, prosedur standard operasi (SOP) akan diputuskan oleh KKM dan Menteri Kesihatan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan pek juadah Aidilfitri di Hospital Taiping di sini semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Tiada diskriminasi anak petugas barisan hadapan di taska

Beliau juga menolak dakwaan bahawa petugas barisan hadapan dianaktirikan susulan tiada penyelesaian berhubung isu penghantaran anak-anak mereka ke taska.

"Ia tidak betul. Kerajaan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang berkorban dan membawa kejayaan dalam menangani penularan Covid-19,” katanya.

Mengulas mengenai isu kelewatan gaji doktor di Hospital Sungai Buloh selama dua bulan, Noor Azmi berkata, isu itu telah diselesaikan pada Jumaat lalu.

"Kelewatan itu disebabkan borang lambat diterima dan borang yang perlu diisi adalah perkara biasa,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: