Tidak mengapa kayu golf tetapi batang penyapu...

Mohamad Shukri
Mohamad Shukri
A
A
A

SHAH ALAM – Tidak mengapa menggunakan barang seperti kayu golf untuk dijadikan sebagai tongkat semasa membaca khutbah, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Menurutnya, tindakan segelintir pihak yang memegang barang-barang berkenaan untuk dijadikan sebagai tongkat adalah untuk meraih ganjaran pahala sunat.

“Barangkali pihak yang berkhutbah itu mahu meraih ganjaran pahala sunat.

“Memegang tongkat semasa membaca khutbah hukumnya adalah sunat dan jika tidak memegang apa-apa pun tidak mengapa,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan sejarah Islam semasa zaman Nabi Muhamamd SAW, Baginda SAW menggunakan pedang semasa membaca khutbah tetapi lama kelamaan ia diubahsuai dan digantikan dengan tongkat.

Mohamad Shukri berkata demikian mengenai gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul 'Thor' watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang 'gergasi' mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Jangan jadikan tongkat khutbah bahan lawak: Zulkifli

Mengulas lanjut, beliau berkata, semuanya bergantung kepada pentafsiran seseorang yang melihat situasi itu.

“Saya rasa atas pentafsiran individu yang menilai dan kata menggunakan kayu golf itu sebagai jenaka. Pada saya guna kayu golf masih ada penghormatannya sebab individu berkenaan nak ambil hukum sunat pegang tongkat.

Artikel Berkaitan:

“Kecuali jika umum melihat tidak sesuai misalnya menggunakan batang penyapu, ia adalah sesuatu yang tidak wajar,” katanya.