Punca jangkitan di Depoh Tahanan Imigresen masih disiasat

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
-- fotoBERNAMA
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
-- fotoBERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA - Punca jangkitan yang melibatkan seorang kakitangan pentadbiran di Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih yang didapati positif wabak koronavirus (Covid-19) masih disiasat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini punca jangkitan masih belum ditemui.

Menurutnya, terdapat beberapa kemungkinan berlakunya jangkitan iaitu sama ada daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di sana atau komuniti.

"Sebaik sahaja kenal pasti kakitangan ini positif, kita terus saring keluarga mereka.

"Setakat ini, kita tidak pasti sama ada jangkitan daripada OKT (orang kena tahan) atau komuniti," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang kakitangan di depoh tahanan tersebut yang didapati positif Covid-19.

Katanya, seorang kakitangan pentadbiran itu merupakan antara 66 kes positif yang dikesan di depoh tersebut setakat ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan pihaknya juga telah menjalankan ujian saringan ke atas semua OKT, pegawai dan kakitangan di dua lagi depoh tahanan selepas mendapati wujud kes positif wabak tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Risiko untuk kakitangan, pegawai dan juga OKT adalah tinggi, jadi depoh tersebut telah diasingkan seolah-oleh kena Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya.