Ibu baru balik dari Singapura positif Covid-19

Seorang wanita berusia 56 tahun yang baharu pulang dari Singapura disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam.- Foto 123RF
Seorang wanita berusia 56 tahun yang baharu pulang dari Singapura disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam.- Foto 123RF
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita berusia 56 tahun yang baharu pulang dari Singapura disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, wanita terbabit yang sebelum ini tinggal bersama anaknya di Singapura didapati positif selepas disaring di Hospital Permai, Johor Bahru.

"Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melaporkan satu kes baharu semalam menjadikan kumulatif kes positif di Johor sebanyak 671 kes.

"Daripada jumlah itu, 74 kes dilaporkan masih lagi aktif. Bagaimanapun, tiada kes kematian direkodkan yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor kekal sebanyak 19 orang," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau menasihatkan agar orang ramai mengekalkan kesejahteraan minda, emosi dan psikologi semasa penularan Covid-19.

"Perintah kawalan pergerakan (PKP) memperlihatkan secara langsung pelbagai kekangan dalam kehidupan yang mungkin akan menimbulkan pelbagai perasaan bimbang, takut, sedih serta stres.

"Begitu juga mereka yang berada dalam tempoh kuarantin, ditambah dengan kebimbangan potensi dijangkiti," katanya.

Artikel Berkaitan: