Larangan rentas negeri masih kekal: Ismail Sabri

Kerajaan menegaskan larangan mana-mana individu merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini akan terus dikekalkan sehingga satu kata dicapai dalam masa terdekat.
Kerajaan menegaskan larangan mana-mana individu merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini akan terus dikekalkan sehingga satu kata dicapai dalam masa terdekat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan menegaskan larangan mana-mana individu merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini akan terus dikekalkan sehingga satu kata dicapai dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat hari ini, keputusan itu kekal dengan kerajaan masih belum membuat satu jangkaan bila arahan larangan itu akan ditamatkan.

"Kita belum tahu. Kita akan putuskan di dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang saya akan pengerusikan setiap hari...setakat hari ini kekal," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKPB di sini hari ini.

Terdahulu, pada 21 Mei lalu, Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan menjelang perayaan Aidilfitri sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan masih ada yang beratur panjang di balai polis untuk mendapatkan kebenaran balik kampung seperti yang berlaku di Kuantan.

Lebih memeritkan, kelonggaran kepada suami isteri yang menjalin hubungan rentas negeri untuk dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada hujung minggu juga turut ditarik balik kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri menegaskan pihaknya tidak pernah menerima sebarang aduan kesukaran mendapatkan bekalan makanan di kawasan Pudu setakat ini.

Menurutnya, pihaknya akan cuba mendapatkan maklumat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengetahui punca sebenar isu itu.

Artikel Berkaitan:

"Jika sekiranya kesukaran itu disebabkan kawasan Pudu pernah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), itu tidak mungkin kerana di situ tidak pernah ada PKPD.

"Saya tidak tahu sebab apa, mungkin semalam hari raya Aidilfitri pertama jadi sebahagian peniaga ada yang tidak beroperasi," katanya.