X

Kindly register in order to view this article
!

Beri ruang barisan kejurulatihan bukti kemampuan

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang apabila melakukan penstrukturan semula barisan kejurulatihan skuad kebangsaan dalam persediaan menghadapi final Piala Thomas dan Piala Uber serta juga Olimpik Tokyo, lapor ZURAIMEE ZAINAL

Menurut bekas pemain perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek, pemilihan barisan kejurulatihan pada kali ini pastinya melalui proses penilaian yang teliti bagi memastikan skuad negara menghasilkan impak positif dalam dua kejohanan penting berkenaan.

“Secara peribadi saya melihat BAM berani menggunakan ramuan baharu dalam meningkatkan semula prestasi semula skuad negara pada masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kurangnya bekas pemain negara?

BAM perkasa barisan kejurulatihan

“Jadi kita perlu bagi ruang kepada barisan jurulatih yang dilantik oleh BAM ini untuk membuktikan keupayaan masing-masing. Mereka ini juga pastinya ada sasaran yang perlu diraih seperti ditetapkan BAM.

“Dan mungkin BAM akan menilai semula ketua jurulatih dan penolong mereka ini selepas enam bulan atau setahun atau setelah berakhirnya sesuatu kejohanan.

“Tapi saya melihat penstrukturan semula barisan ini sebagai sesuatu yang positif dan pastinya peminat badminton khasnya rakyat negara ini yang mahu kem badminton lebih menyerlah di Piala Thomas dan Piala Uber serta juga Olimpik Tokyo,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas penstrukturan semula barisan kejurulatihan skuad badminton negara yang mengundang kontroversi kerana tidak menyenaraikan seorang bekas pemain negara sebagai ketua jurulatih.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan keputusan BAM menstruktur semula barisan kejurulatihannya mendapat reaksi ‘kurang senang’ daripada bekas pemain negara, Roslin Hashim.

Roslin nyata kecewa dengan tindakan BAM apabila tidak menyenaraikan bekas pemain negara berstatus legenda dalam skuad kebangsaan sebagai persiapan menjelang final Piala Thomas dan Piala Uber serta Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!