Barcelona tak mampu beli Martinez

Martinez
Martinez
A
A
A

KELAB gergasi Sepanyol, Barcelona tidak mampu untuk membeli bintang muda Inter Milan, Lautaro Martinez pada jendela perpindahan akan datang.

Bekas pemain Inter, Ivan Zamorano berkata, Barcelona ketika ini sedang menghadapi kekangan kewangan susulan pandemik Covid-19 dan kelab Catalan itu perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan Martinez.

"Apa yang saya tahu, Barcelona mempunyai masalah kewangan dan tak mungkin mereka dapat membeli Martinez.

"Barcelona perlu mengeluarkan sekurang-kuragnya €100 juta dengan harga tersebut adalah palling rendah yang akan diminta oleh Inter.

"Mungkin ada pertambahan pemain seperti Arturo Vidal yang akan ditawarkan oleh Barcelona kepada Inter, tetapi mereka tetap perlu membayar sejumlah wang yang banyak," katanya.

Martinez menjadi buruan beberapa kelab besar seperti Barcelona dan Real Madrid selepas cemerlang dalam aksi liga musim ini dengan menjaringkan 18 gol dalam 33 perlawanan.

Dalam masa sama, Inter juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Paris Saint Germain (PSG) Edinson Cavani sebagai penganti sekiranya Martinez ke Barcelona.

Namun, Zamorano melihat ia bukan alasan untuk menjual Martinez dan melihat gandingan kedua-dua pemain itu akan memberikan lebih impak kepada Inter.

Artikel Berkaitan:

"Saya amat berharap Martinez akan kekal di Inter. Dia masih muda dan jika digandingkan dengan Cavani, sudah tentu ia amat bagus," katanya.