Warga emas positif Covid- 19 di Kluang

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas berusia 86 tahun menjadi mangsa terbaharu Covid-19 di Kluang, semalam sekaligus meletakkan daerah berkenaan di zon kuning.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, daerah Kluang Kes Covid-19 yang terakhir di Kluang dilaporkan pada 2 April lalu.

"Lelaki warga emas terbabit dimasukkan ke hospital akibat kemalangan motosikal.

"Walau bagaimanapun memandangkan beliau mempunyai gejala demam dan batuk, ujian saringan rutin Covid-19 telah dijalankan dan disahkan positif,"katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, seramai 42 kontak warga emas terbabit telah dikenalpasti dan diberikan perintah kuarantin selama 14 hari.

"Kesemua sampel ujian SWAB daripada kontak terbabit telah diambil dan masih menunggu keputusan makmal," ujarnya.

Beliau turut memaklumkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri melaporkan setamai 2,779 individu dikuarantin di 57 stesen kuarantin.

"Daripada jumlah keseluruhan terbabit, seramai 2,771individu dalam pemerhatian (PUS) manakala lapan lagi individu merupakan Pesakit Dalam Siasatan (PUI).

Artikel Berkaitan:

"Kebanyakan individu yang dikuarantin merupakan rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura," katanya.