Menakjubkan, jurugambar hasil gambar 'tolak' matahari ke dalam bonet!

A
A
A

MANGALWEDHA - Menggunakan ilusi optik, gambar dihasilkan jurugambar profesional memukau pandangan sesiapa sahaja.

Menurut The Sun, gambar menakjubkan itu dirakam oleh Dr Vivek Nikam di Mangalwedha, India, menunjukkan seolah-olah seorang lelaki menolak matahari ke dalam bonet kereta ketika waktu senja berlabuh.

"Matahari ialah anugerah alam yang paling saya suka," ringkas Dr Vivek.

Katanya, dia perlu menunggu dan merakam gambar berdasarkan pergerakan matahari itu sehingga ia kelihatan seolah-olah sudah masuk ke dalam kereta.

Gambar itu juga menggunakan khidmat seorang model lelaki bagi menunjukkan gambar itu betul-betul 'hidup' dan hanya diperlukan adalah pada masa yang tepat di tempat itu dan masa untuk menekan kamera.

Difahamkan, gambar itu menggunakan kaedah ilusi optik bermaksud khayalan atau bayangan yang berlaku di minda akibat salah tafsiran otak terhadap sesuatu objek yang dilihat.

Artikel Berkaitan: