Eratkan ukhwah gaya normal baharu

Hamidin Mohd
Hamidin Mohd
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta rakyat negara ini khususnya penyokong Harimau Malaya menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi untuk mengeratkan ukhwah sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd berkata, hari kemenangan buat umat Islam itu tetap perlu disambut dengan penuh kenikmatan serta kesyukuran meskipun sambutan perayaan tahun ini hanya mampu disambut dengan syarat terhad tanpa berjabat tangan.

"Pada ketika negara masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19 dan dengan normal baharu yang perlu kita terapkan pada lebaran kali ini, nampaknya ucapan sempena perayaan khususnya sambutan Aidilfitri akan menjadi tradisi yang jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

"Jika tahun lalu kita berhari raya dengan tema Raya Bola di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama Harimau Malaya kerana skuad negara mengharungi perlawanan pusingan pertama play-off kelayakan Piala Dunia 2022 (Zon Asia) bertemu Timor-Leste, tahun ini sambutan kita jauh berbeza dengan hanya duduk di rumah," katanya dalam hantaran di laman sosial rasmi Facebook FAM hari ini.

Pada masa sama, Hamidin juga berharap Covid-19 segera berakhir supaya aktiviti bola sepak negara dapat diadakan kembali.

Artikel Berkaitan: