Jamin tidak diskriminasi mana-mana pihak

Rina diiringi Sazmi (tiga, kiri) dan Mustapa (dua, kanan) mendengar penerangan mengenai projek- projek pembangunan yang dijalankan di negeri ini.
Rina diiringi Sazmi (tiga, kiri) dan Mustapa (dua, kanan) mendengar penerangan mengenai projek- projek pembangunan yang dijalankan di negeri ini.
A
A
A
JELI - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memberi jaminan tidak akan melakukan diskriminasi terhadap mana-mana pihak dalam pengagihan peruntukan oleh kementerian itu.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihak kementerian sentiasa meletakkan keutamaan terhadap kesejahteraan rakyat walaupun mereka tinggal di negeri yang diperintah pembangkang, kerana apa yang penting adalah untuk mendahulukan rakyat.

Katanya keperluan asas seperti bekalan elektrik, kemudahan jalan, bekalan air bersih sentiasa menjadi agenda utama kementerian bagi membangunkan rakyat di luar bandar, dan beliau tidak mahu ada mana-mana pihak yang cuba untuk mempolitikan perkhidmatan yang dicurahkan kementerian.

Beliau berkata, selain itu, kemudahan jalur lebar turut menjadi antara perkara yang akan diperjuangkan oleh KPLB, dan menurutnya pihak kementerian akan berbincang dengan agensi berkaitan bagi meningkatkan capaian kemudahan jalur lebar kepada masyarakat luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Bantuan Perumahan Rakyat Terkimiskin Kelantan Selatan di Dewan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Wilayah Jeli-Tanah Merah yang turut dihadiri Pengerusi Kesedar Datuk Sazmi Miah di sini, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Sementara itu, Rina turut mengingatkan Kesedar agar terus memainkan peranan yang proaktif dalam melaksanakan program pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat luar bandar. - Bernama