X

Kindly register in order to view this article
!

Dua beranak melecur dapur terbakar

Dua beranak dilaporkan melecur dalam kebakaran dapur di sebuah rumah teres di Bandar Sunway, petang tadi.
A
A

SUBANG JAYA - Dua beranak melecur di bahagian muka dan badan apabila bahagian dapur rumah mereka di Bandar Sunway di sini, terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 3.33 petang sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Penchala dikejarkan ke lokasi dan tiba 14 minit kemudian.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua penghuni melecur masing-masing seorang lelaki berusia 36 tahun (melecur 10 peratus di muka dan badan) dan seorang wanita berusia 64 tahun yang melecur lima peratus di bahagian tangan.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres kelas A dua tingkat berkeluasan 30x70 kaki persegi.

"Bahagian terbakar melibatkan ruang dapur dianggarkan 40 peratus musnah dan dimaklumkan terdapat dua mangsa iaitu ibu dan anaknya melecur akibat kejadian itu," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran dapur di sebuah rumah teres di Bandar Sunway, petang tadi.
Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran dapur di sebuah rumah teres di Bandar Sunway, petang tadi.

Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Menurutnya, mangsa yang melecur dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus